4
32

Bayi Susah Tidur Malam – Punca dan Cara mengatasi

Saya adalah seorang ayah dan masih baru dalam bab-bab penjagaan anak. Tetapi sebagai seorang ayah, perkara paling runsing dan memenatkan adalah bila bayi susah tidur malam. Ini kerana saya dan isteri bekerja pada siang hari dan akan menjejaskan rutin siang hari.

Bayi Susah tidur Malam

Sumber google: HelloSehat.com

Bayi sukar tidur malam juga menambahkan kerisauan kerana ianya akan membantutkan tumbesaran anak-anak selain menjadi tanda tanya punca susah tidur malam.

Daripada hasil kajian saintifik dan juga doktor pakar, bayi memerlukan waktu tidur yang lebih banyak berbanding orang dewasa.

Bayi Sukar tidur malam

Punca Bayi Susah Tidur Malam

Sebenanrnya masalah bayi susah tidur malam bukan sahaja dialami oleh saya dan isteri, tetapi juga dialami oleh ibubapa diluar sana. Terdapat banyak sebab kenapa bayi susah tidur antaranya adalah :

  1. Lampin yang tidak ditukar
    • Antara faktor utama bayi susah untuk tidur adalah kerana lampin yang sudah penuh atau tidak ditukar. ini menjejaskan keselesaan bayi. Seboleh-bolehnya kerapkan menukar lampin bayi pastikan lampin yang dipakai sesuai dengan saiz dan jenis yang tidak cepat penuh.Bayi lapar
  2. Bayi merasa lapar
    • Selain lampin yang tidak kerap ditukar, punca yang biasa bayi susah tidur tak kira siang atau malam adalah kerana perut bayi yang lapar. Kebiasaan bayi yang lapar akan mengelisah dan menangis. Pastikan memberi makan atau penyususan yang cukup sebelum menidurkan bayi. Bayi yang kenyang juga akan tidur lebih lena.
  3. Tubuh bayi tidak segar
    • Bayi yang aktif tubuh badannya akan selalu berpeluh. Keadaan badan yang berpeluh dan tidak selesa juga menjejaskan bayi dan menyukarkan bayi untuk tidur. Seboleh-bolehnya, mandikan bayi dan pakaikan dengan pakainan baru sebelum tidur untuk memudahkan mereka terlelap.

      Bayi susah tidur malam pakaian selesa

      Sumber Google : Hellosehat.com

  4. Pakaian yang tidak selesa
    • Pakaian juga memainkan peranan dalam proses utuk bayi tidur. Pakaian yang telah dipakai perlu kerap ditukar kerana bayi akan menjadi lebih selesa.
  5. Keadaan bilik yang tidak selesa
    • Faktor bilik juga memainkan peranan bayi menjadi sukar tidur. Suhu bilik perlulah sesuai, tidak boleh teralu panas atau sejuk kerana ianya akan menjadikan bayi selalu tersedar. Faktor pengudaraan dan pencahayaan juga perlu diambil kira.
  6. Masalah Kesihatan
    • Bayi yang mengalami masalah kesihatan juga akan menjadi sukar untuk tidur. Antara masalah kesihatan yang menganggu tidur bayi adalah Sakit Perut, Selsema, Batuk atau demam. Sebleh-bolehnya terus berjumpa dengan doktor.
  7. Masalah kebiasaan
    • Punca bayi sukar tidur juga adalah terbiasa dengan sesuatu barang atau keadaan. Seperti terdapat puting yang selalu dihisap sblm tidur atau perlu tidur berpelukan dengan ibunya.
  8. Kanak-kanak masih mahu bermain
    • Masalah yang sering menjadi faktor susah untuk bayi tidur adalah kerana masih mahu bermain. Kadang-kadang ada ibubapa yang sibuk dan kurang waktu bermain di siang hari, tapi pada waktu malam setelah bayi dah mula mengantuk ibubapa mula bermain dengan bayi. ini menganggu proses waktu tidurnya dan juga menjadikannya susah tidur selepas itu.

Makanan bayi susah tidur malam

4 Langkah mudah Mengatasi Bayi Sukar tidur Malam

Pentingnya waktu tidur yang cukup untuk bayi adalah untuk pembesarannya kerana bayi membesar ketika tidur. Oleh itu, cuba atasi masalah bayi sukar tidur bagi membantu proses pembesarannya. Antara langkah yang boleh dicuba adalah :

  1. Mandikan dengan air panas (Suam)
    • Kajian menunjukkan bayi yang mandi dengan air suam dapat membantu proses tidur yang nyenyak pada waktu malam. Kalau boleh, mandikan bayi atau kanak-kanak dengan suasana yang senyap untuk membantu menjadikan mereka lebih santai dan gembira. kalau boleh, lakukan sedikit urutan pada badan bayi.
  2. Memberi susu atau makan sebelum tidur
    • Teknik yang paling berkesan dan efektif adalah menjadikan bayi kenyang. Ini antara faktor yang menyebabkan bayi tidur dengan lena. Sebagai orang dewasa, kita juga akan senang tidur dan tidur dengan lena sekiranya kenyang begitu juga bayi dan kanak-kanak. Pastikan bayi mendapat susu yang mengcukupi atau makan yang sehingga kenyang sebelum tidur.
  3. Aroma Terapi
    • Kajian menunjukkan bau aroma terapi sangat membantu menjadikan otak dan badan lebh santai. Oleh itu, seeloknya sediakan bauan yang wangi dan menyeronokkan supaya membantu anak anda tidur lena dan senang untuk tidur. Ini kerana, otak yang tenang dapat merehatkan badan dan menjadikan lebih mudah untuk tidur lena.
  4. Setkan Waktu tidur yang sistematik
    • Ketika berada selama 9 bulan di dalam perut ibu, bayi sudah terbiasa dengan keadaan yang di buai. Salah satu cara adalah dengan membuai bayi didalam buaian untuk senang tidur. Waktu tidur yang berjadual juga penting supaya bayi menjadi lebih sistematik dan akan tidur bila sampai waktunya. Seboleh-bolehnya jangan biarkan bayi tidur lama pada siang hari kerana ia akan menjadikan mereka susah tidur malam.

Ini adalah antara tips-tips yang dapat saya kongsikan. diharap agar dapat membantu dijadikan panduan untuk ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata. Sekiranya ada cadangan atau penambahan boleh hubungi saya melalui email azizulsukri@icloud.com.

Show Comments

Leave a Reply