18 Cara Halau Semut Dari Rumah Tanpa Menggunakan Sebarang Racun Serangga

Tinggal makanan sekejap saja dah dihurung dengan semut. Dari mana datangnya pon tak tahulah. Memang stress kalau segala makanan digurung semut. Terus terbantut selera nak makan kan. Semut ni bukan setakat suka makanan manis je habis dalam bekas berisi air kosong pon dimasuknya. Pelik betul. Tak tahulah secara sengaja atau tak sengaja dia masuk. Ada tak cara halau semut atau petua yang berkesan untuk menghalau semut ni ya??

Cara Nak halau Semut

Kebanyakan semut-semut ni sering berada dibahagian  dapur yang mengandungi banyak makanan.  Sudah tentulah para ibu rasa tak selesa bila nak mengguanakan racun serangga lagi-lagi ibu yang mempunyai anak kecil dan bayi. Pelbagai tips dan cara halau semut dah dicuba tapi masih gagal.

Cara Halau Semut Dari Rumah Tanpa Menggunakan Sebarang Racun Serangga :

Senang je sebenarnya nak halau semut nie dengan menggunakan bahan yang ada di dapur rumah tanpa menggunakan sebarang racun serangga. Kalau tak percaya boleh lah cuba petua ni di rumah ye..

cuka epal hilangkan selulit

1. Cuka

  • Larutkan cuka tadi ke dalam botol spray berisi air dan sembur di ruang yang terdapat banyak semut. Kena sembur dengan lebih kerap untuk melihat perubahannya. Kalau korang nak tahu, sebenarnya semut ni tak suka pada baunya dan ia mengandungi asid.

2. Kayu Manis Dan Cengkih

  • Letakkan beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas yang mengadungi gula tadi. Kemudian, tutup sedikit bekas tersebut dan biarkan baunya meresap. Tapi jangan tutupnya terllau rapat, nanti susah pulak semut tu nak keluar. Jangan risau ianya tak mengubah rasa gula tersebut.
  • Bagi yang tak menyukai bau cuka, anda boleh lah menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih. Taburkannya di laluan semut tersebut dan biarkan selama beberapa hari untuk melihat perbezaannya.



3. Serbuk Kopi

  • Mempunyai bau yang sangat kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut di rumah anda.
  • Anda perlu menabur sedikit serbuk kopi tersebut di kawasan yang menjadi laluan semut dan biarkannya selama beberapa hari untuk melihat keberkesanannya.

4. Soda Penaik / Baking Powder

  • Bahan yang boleh membunuh semut.
  • Campurkan soda penaik dengan gula aising. Taburkan dibahagian yang kering yang ada terdapat semut. Dan anda boleh melihat hasilnya.

Daun Sirih Betel

5. Daun Sirih

  • Cincang daun sirih dan tabur dilaluan semut tadi.
  • Baunya akan menghalang semut dari datang dan lakukannya dengan lebih kerap bagi melihat hasilnya.

6. Air Lada

  • Samada ada air lada atau tangkai cili kering. Kedua-duanya sanagt berkesan untuk menghalau semut dari datang.
  • Caranya ialah masukkan air lada tadi ke dalam botol spray. Lalu semburkannya di bahagian laluan semut.
  • Atau anda letakkan beberapa tangkai cili kering di laluan semut tadi. Ini dapat menghindarkannya daripada masuk dalam gula anda.



7. Kulit Telur

  • Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Taburkannya di tempat yang menjadi laluan semut.
  • Cara ini juga dapat menghalang cicak atau serangga lain yang tidak dingini.

8. Kulit Lemon atau Oren

  • semut tidak suka akan bauan ini. Cincang kulit lemon atau oren tadi dan letak di kawasan semut lalu. Ianya juga dapat memberi kesegaran kepada rumah anda.

Cara Halau Tikus Dengan Daun Pandan

9. Daun Pandan

  • Cincang daun pandan dan taburkan ke kawasan laluan semut tersebut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pon bertambaha wangi aromanya.

10. Asam Keping atau Asam Gelugor

  • Masukkan beberapa keping asam keping atau asam gelugor ke dalam bekas gula untuk menghalang semut atau mengelakkan semut.
  • Ianya tidak akan menghilangkan rasa manis gula tersebut.

Rempah

11. Serbuk kunyit

  • Taburkan sedikit pada laluan yang menjadi tumpuan semut dan biarkannya selama beberapa hari.

12. Minyak Masak

  • Celup kain dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet dan sebagainya.
  • Kain ni hendaklah dipotong macam nak buat tali panjang sikit supaya boleh diikat pada bekas.

13. Kulit Timun

  • Letak kulit timun tadi pada laluan semut atau sarangnya.

Serai Cara Memutihkan Gigi

14. Pati Serai Wangi

  • Sembur air yang bercampur dengan pati serai wangi tadi di laluan semut tadi dan di tempat-tempat lain.
  • Boleh juga dibuat untuk mengelap meja untuk elak semut naik di atas meja.

15. Bawang Merah

  • Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas yang berisi gula tanpa perlu mengupasnya terlebih dahulu.



16. Air Sabun

  • Secara teorinya, sabun boleh merosakkan lapisan wax pada kulit serangga. Jika disembur pada serangga, mereka mengalami masalah dehydration. Campurkan sabun dengan air, masukkan ke dalam semburan dan sembur pada lalun dan lubang masuk

17. Daun Pudina

  • Kalau anda suka minum teh daun pudina, lebih mudah. Beli uncang teh daun pudina untuk dijadikan minuman petang atau pagi anda. Selepas habis bancuh, uncang tersebut perlu diletakkan pada kawasan yang anda lihat ada semut masuk.
  • Kalau tak minum teh daun pudina, gunakan saja daun pudina yang anda beli dari pasar. Jemur daun tersebut hingga kering, hancurkannya dan taburkan pada kawasan semut masuk.

18. Last sekali jika semua petua dah di cuba dan semut tetap datang, kita cuba yang ni pula… Kita sembang pula dengan semut-semut tu dengan berkata:

“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s..
Ini rumahku..Aku mahukan kebersihan..Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat..”

Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah,  janganlah kita menyembur ridsect atau shieldtox mahupun membakar semut-semut itu.

Cara Halau Semut Dari Rumah

Kita tegur mereka dengan memberi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..

Semut-semut ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa..

SELAMAT MENCUBA!!!!! Semoga tips cara halau semut dari rumah ini dapat membantu.

Related Posts

About The Author

Add Comment