4
42

Cara Halau Tikus Dari Rumah | Tradisional dan Moden

Tikus adalah salah satu  haiwan perosak yang sering membawa masalah kepada setiap manusia sebab itu kita sebagai manusia perlu tahu cara halau tikus dari rumah. Tikus rumah ( Musculus) ini tinggal dan membesar di sekitar rumah dan akan mencari makanan di dalam rumah untuk mereka terus membiak. Kehadiran makhluk perosak ini tidak disenangi oleh ramai manusia kerana boleh mendatangkan bahaya dan penyakit terhadap manusia.

Cara Halau Tikus Dari RumahIni adalah kerana haiwan ini akan membawa pencemaran yang merbahaya iaitu najis – najis yang ditinggalkan ke dalam makanan – makanan dan menyebabkan keracunan kepada manusia. Selain itu kencing tikus juga boleh menyebabkan kematian kepada manusia.

Cara Halau Tikus Dari Rumah

Saya pasti semua orang ingin menghalau tikus dari terus bersarang di kawasan rumah. Terdapat beberapa cara halau tikus dari rumah yang boleh dilakukan untuk memastikan haiwan perosak ini hilang dari kediaman masing – masing.

Cara Halau Tikus Dengan Daun PandanAntara salah satu petua yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan daun pandan. Daun pandan mempunyai bau yang sangat wangi dan keharuman bau pandan ini menyebabkan tikus tidak suka untuk mendekati kawasan yang mempunyai daun pandan. Bagi kawasan – kawasan yang sering diserang tikus, bolehlah diletakkan daun pandan untuk menghapuskan pembiakan tikus ini.

Cara Halau Tikus Durian BelandaSelain daun pandan, daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau tikus di kawasan rumah. Letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau di tempat sarang tikus dan gantikan daun itu selepas 2 ke 3 hari sekali.

Cara halau Tikus Serai WangiMenggunakan serai wangi juga dapat menghalau tikus dari terus bersarang di kawasan perumahan. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain juga berkesan.

Cara Halau Tikus Daun SemambuPenggunaan daun semambu juga boleh digunakan untuk menghalau tikus di kawasan perumahan. Letakkan beberapa daun semambu di laluan tikus dan ia dapat menghalang kehadiran tikus – tikus di kawasan perumahan.

Cara Halau tikus Buah Pong PongBuah pong – pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Pokok pong – pong merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara – negara ASEAN yang lain. Buah pong – pong ini digunakan bagi penghasilan racun serangga semula jadi dan pewangi. Jadi tidak hairanlah jika buah pong – pong ini mampu menghalau tikus di kawasan perumahan. Caranya ialah dengan letakkan buah pong – pong ini di kawasan yang disyaki ada tikus. InsyaAllah tikus tidak akan datang lagi. Buah pong – pong ini adalah beracun dan diingatkan untuk jauhkan dari anak – anak kecil kerana boleh mendatangkan bahaya jika di makan.

Buah Mengkudu Untuk Halau Tikus

Buah mengkudu juga boleh menjadi salah satu alternatif bagi menghalau tikus di sekitar kawasan perumahan. Dengan mengambil dua atau tiga buah mengkudu dan dipotong menjadi beberapa bahagian dan kemudiannya diletakkan di dalam mangkuk. Kemudian mangkuk yang berisi buah mengkudu itu diletakkan di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

halau tikus dengan kapur barusSelain penggunaan buah-buahan dan daun-daun, kapur barus juga boleh digunakan untuk menghalau tikus cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak – anak kecil di rumah kerana takut anak – anak memasukkan ke dalam mulut. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur yang kuat baunya. Hancurkan beberapa kapur barus ( kasar –kasar ), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Kulit durian juga boleh membuatkan tikus gerus untuk mendekati kawasan rumah ini kerana bau kulit durian dan durinya yang tajam. Letakkan beberapa potongan kulit durian di tempat – tempat laluan tikus dan pasti tikus akan menjauhi tempat tersebut.

Cara Halau Tikus Menggunakan PerangkapZaman sekarang orang lebih gemarkan cara halau tikus dengan menggunakan kaedah moden iaitu perangkap tikus di mana kaedah ini sering menjadi kaedah yang digemari oleh ramai orang kerana ia sangat mudah di samping sangat berkesan. Terdapat beberapa jenis perangkap tikus yang boleh digunakan antaranya ialah penyepit tikus. Caranya ialah dengan meletakkan umpan pada penyepit tikus supaya dapat menarik perhatian tikus untuk mencapai makanan itu, jadi tikus akan terperangkap apabila cuba mendapatkan makanan tersebut.

Gam TikusKaedah menggunakan gam tikus juga sangat berkesan dan sering digunakan dalam memastikan tikus terperangkap. Caranya ialah dengan meletakkan gam tikus pada kotak mahupun pada papan dan letakkan di tempat laluan tikus. Apabila tikus berjalan di atas papan atau kotak yang diletakkan gam pasti ia akan melekat pada gam tersebut. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang popular di kalangan suri rumah kerana kaedah ini sangat efektif dan berkesan.

Pest ControlMelantik syarikat pengendali haiwan perosak ( pest control) juga merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menghalau tikus dari terus bersarang di kawasan perumahan. Cara halau tikus ini sering digunakan oleh orang yang mempunyai wang lebih kerana perlu membayar upah kepada syarikat yang menguruskannya. Terdapat beberapa senarai syarikat pengendali haiwan dan makhluk perosak yang berdaftar yang boleh membantu ramai orang. Senarai syarikat pengendali ini boleh rujuk di portal rasmi Kementerian Pertanian Malaysia.

Cara Halau Tikus Tradisional dan ModenDemikian beberapa petua yang boleh digunakan untuk menghalau tikus dari terus bersarang di sekitar kawasan rumah. Selain itu juga, kawasan rumah juga perlu sentiasa dijaga dengan rapi dan dibersihkan secara berkala. Sampah juga perlu dibuang setiap hari untuk memastikan tikus tidak datang untuk mencari sisa makanan di dalam rumah. Akhir kata, kebersihan menjamin kesihatan diri dan kebersihan juga merupakan sebahagian daripada iman. Maka jagalah kebersihan untuk menjamin keselesaan masa hadapan.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply