7 Cara Hilangkan Selulit Dengan berkesan. Jom Cuba!

Cara Hilangkan Selulit? Teruskan membaca sebelum saya kongsikan cara tradisional yang paling berkesan.

Selulit adalah satu keadaan dimana permukaan kulit berbentuk seperti berketak-ketak atau muncul garis-garis pada permukaan kulit. Sebelum mengamalkan cara hilangkan selulit, perlu tahu bagaimana selulit terjadi.

Selulit berlaku disebabkan penambahan saiz pada tisu secara berlebihan akibat dari pembesaran sel di lapisan tisu berlemak (dermis). Faktor penggalak yang menyebabkan berlaku selulit ialah pemakanan, gaya hidup dan kehamilan. Factor lain juga boleh terjadi disebabkan usia, keturunan, sejarah keluarga, bangsa, tahap pencemaran dan tekanan.

cara hilangkan selulit

Siapa yang berisiko ?

Selulit lebih tertumpu kepada wanita dan juga individu berbadan besar kerana struktur  lobul mereka yang panjang dan menjulur ke permukaan kulit, ia berbeza dengan lelaki yang lobulnya berbentuk empat segi.

Cara Hilangkan Selulit Dengan Berkesan

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan masalah selulit ini. Bagaimanapun, setiap cara yang boleh dilakukan bukanlah semestinya berkesan, ia adalah ikhtiar yang boleh dilakukan. Bagaimanapun keberkesanannya bergantung kepada individu itu sendiri. Berikut adalah cara yang boleh lakukan :

Berus Kulit Hilangkan Selulit1. Berus

Gunakan berus kulit atau berus badan yang tidak terlalu kasar dan tidak juga terlalu lembut. Pastikan kulit tidak dalam keadaan basah (dikhuatiri tercedera sekiranya basah), lakukan pemberusan pada kawasan yang bermasalah dengan pergerakkan memanjang atau membulat (melawan arah jam lebih afdal) ia adalah untuk melancarkan peredaran darah pada kawasan tersebut. Lakukan sekurang kurangnya sekali sehari sebelum mandi.

Skrub Kopi Hilangkan Selulit2. Skrub kopi

Skrub kopi boleh dibuat sendiri dirumah atau lebih  mudah beli sabun skrub kopi. Bagi yang ingin membuat skrub kopi sendiri, sangat mudah untuk mebuatnya hanya perlu  ¼ cawan serbuk kopi dicampurkan dengan 3 sudu gula dan 3 sudu minyak zaitun atau kelapa kemudian kacau hingga sebati (macam adun kuih juga la). Caranya, sapukan ke bahagian yang bermasalah, serta beri sedikit urutan. Kemudian balutkan dengan plastik jernih dan dibiarkan selama 20 minit, kemudian dibilas. Cara ini boleh dilakukan sekerap mungkin sehingga menampakkan hasil.

Lobak Merah Hilangkan Selulit3. Lobak merah

Blend lobak merah hingga halus kemudian camburkan dengan madu (satu batang lobak merah + 2 sudu madu). Lumurkan pada bahagian yang bermasalah dan biarkan selama 30 minit kemudian dibilas hingga bersih. penggunaan secara berterusan akan menampakan hasil yang lebih cepat.

Lidah Buaya Hilangkan Selulit4. Lidah buaya

Asingkan gel atau lendir dari daunnya kemudian sapukan pada permukaan kulit terlibat dan dibiarkan selama 10 minit dan bilaskan hingga bersih. Boleh dilakukan juga pada wajah bagi melembapkan kulit wajah. Cara ini boleh dilakukan bila-bila masa.

Minyak Zaitun Hilangkan Selulit5. Minyak zaitun

Minyak zaitun ini boleh didapatkan di mana-mana pasar raya yang berdekatan. Hanya perlu sapu dan urut pada kawasan yang bermasalah. Boleh dilakukan pada bila-bila masa.

cuka epal hilangkan selulit6. Cuka epal

Cuka epal mudah untuk didapati dipasar raya juga. Hanya perlu sapukan pada bahagian yang bermasalah sebelum tidur malam dan biarkan semalaman baru dibilas.

Ubatan Hilangkan Selulit7. ubatan

Selain dari cara alternatif, ubatan yang terdapat dipasaran juga berkesan dalam masalah selulit. Antara ubat yang berkesan adalah

  • Cellasene – ubat ini adalah dalam bentuk kapsul, ia merawat secara dalaman. Ubat ini bertindak sebagai melancarkan peredaran darah, kerana ia dapat mengelakkan fibrosis berlaku seterusnya mengelakkan berlakunya selulit.
  • Dermacol enja balsam anti-cellulite and anti-stretch marks – ubat ini memang khas untuk selulit dan boleh juga digunakan bagi melicinkan kulit. Sesuai juga bagi wanita yang baru melahirkan anak kerana ia direka khas untuk kulit yang berlaku perubahan dari gemuk ke kurus.
  • Oriflamme perfect body dimple defence anti-cellulite day gel – ubat ini berbentuk gel yang dapat menghilangkan selulit serta melicinkan kulit yang kasar. Sifat gel ini yang mudah diserap kulit akan memberikan kesan yang optima dengan cepat.
  • Nivea good-bye cellulite fast acting serumproduk ini mengandungi ekstrak lotus dan L- cartine. Ia mampu mengurangkan selulit dalam waktu yang singkat dan menampakkan kulit lebih halus dan licin.

 Cara Hilangkan Selulit Yang Lain

ProteinRawatan tanpa pencegahan juga adalah sia-sia, oleh itu langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan berlakunya selulit dan membantu dalam menghilangkan selulit ialah:

  • Kurangkan makanan berlemak.
  • Kurangkan berat badan (bagi berat mereka yang tidak ideal)
  • Amalkan gaya hidup sihat (aktif dan cergas)
  • Perbanyakkan minum air mineral
  • Banyakkan makanan tinggi vitamin C & E
  • Banyakkan makanan tinggi protein
  • Sapukan losyen yang mengandungi shea butter atau cocoa butter pada kawasan yang berpotensi terjadi selulit.
  • Kurangkan stress (elakkan perkara yang boleh menyebabkan tekanan)
  • Elakkan merokok
  • Elakkan berpakaiaan ketat (bagi memudahkan pengaliran darah)
  • Kurangkan minuman berkafein (maksima secawan sehari)
  • Lakukan sauna atau mandi wap bagi membantu melancarkan peredaran darah
  • Kurangkan pengambilan garam secara berlebihan
  • Amalkan minuman teh diuretic bagi melawaskan pembuangan air kecil seterusnya mengelakkan takungan air dalam badan.

Setakat ini sahaja cara hilangkan selulit yang dapat dikongsi. InsyaAllah kalau penambahan saya akan tambah dan buat artikel baru di masa depan.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply