Cara Memutihkan Gigi Secara Tradisional

Kalau tanya orang sekeling anda, ada tak yang tak nak gigi mereka putih. Sebab itu artikel cara memutihkan gigi ini ditulis sebagai panduan bagi mereka yang tercari-cari cara memutihkan gigi selain dari pergi ke klinik gigi.

Senyuman Cara Memutihkan GigiSetiap senyuman yang menawan bermula dengan gigi yang sihat dan putih. Ini kerana ia adalah salah satu sebab membuatkan seseorang itu diberi rasa keyakinan ketika berada di hadapan orang ramai. Tidak dapat dinafikan sejak daripada kita kecil lagi, sering diajar untuk selalu mengosok gigi 2 kali sehari sekurang-kurangnya iaitu selepas makan dan sebelum tidur.

Kerosakan Gigi PutihIni adalah untuk mengelakkan berlakunya kerosakkan pada gigi. Namun, mengosok sahaja tidak cukup untuk menghasilkan senyuman yang menawan. Kini pelbagai kaedah yang disediakan melalui teknologi pergigian serta produk pemutih gigi yang berada di  pasaran, tetapi tidak semua mampu untuk membiayai kos tersebut. Selain daripada kaedah teknologi, kaedah tradisional juga mampu menghasilkan keputusan yang baik bagi memutihkan gigi tanpa mengeluarkan kos yang besar kepada setiap masyarakat.

Cara Memutihkan Gigi Secara Tradisional

Cara Memutihkan Gigi Baking SodaAntara kaedah tradisional yang boleh digunakan untuk memutihkan gigi adalah menggunakan bahan seperti baking soda. Bahan ini bukan sahaja banyak kegunaan untuk memasak tetapi ia juga boleh digunakan untuk tujuan kecantikkan. Baking soda mampu untuk membunuh bakteria di dalam mulut. Selain itu, ia juga boleh merawat masalah mulut yang lain seperti gusi berdarah dan sebagainya. Testurnya yang kasar mampu untuk menghilangkan segala kekotoran pada gigi. Namun, penggunakan bahan ini seharusnya sentiasa lebih berhati-hati tanpa kasar kerana ia boleh merosakkan elemen pada gusi nanti.

Cara Memutihkan Gigi Arang KayuSelain baking soda, penggunaaan arang kayu juga mampu untuk memutihkan gigi. Ini  adalah cara yang digunakan oleh orang zaman dahulu untuk memutihkan dan membersihkan gigi mereka khususnya warna kuning yang berada di permukaan gigi kita. Namun begitu, penggunaan arang hanyalah perlu sedikit sahaja agar ia tidak terus menghakis khasiat semulajadi gigi yang sedia ada.

Buah Pinang Boleh Memutihkan GigiBuah pinang juga mampu untuk memutihkan gigi. Selain daripada memutihkan gigi, ia juga mampu memberi kekuatan pada gigi. Namun penggunaaan bahan ini haruslah berpada kerana jika berlebihan ia mampu menghakis enamel pada gigi dan boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi sakit gigi. Cara penggunaan buah pinang itu haruslah dibakar dahulu sehingga hangus sebelum digosok dengan lembut pada gigi. Bukan cara makan buah pinang stail orang dulu, itu boleh menyebabkan gigi makin kuning.

Cara Memutihkan Gigi Kayu SugiMenggunakan siwak atau kayu sugi juga mampu untuk memutihkan gigi. Ini adalah Sunnah Rasullullah ketika Baginda ingin bersugi. Siwak adalah dahan atau akar pokok di mana ia dapat membersihkan gigi, gusi dan mulut. Ia juga mempunyai  electron yang banyak apabila digosok dam mampu menyikirkan bakteria di dalam  mulut. Elektron terhasil daripada ruang jisim yang bergeometri yang telah digegarkan melalui gosokkan. Oleh itu, setiap kayu sugi yang digosok mampu menanggalkan plak-plak, kaviti dan ia adalah lebih baik daripada menggunakan berus gigi.

Kayu SugiNamun,tidak semua akar pokok atau dahan sesuai digunakan sebagai siwak ia juga harus mematuhi syarat seperti diyakini kebersihannya dan lembut. Selain daripada dapat memutihkan gigi, kayu sugi juga ia juga mampu meningkatkan ketahanan saraf gigi,meningkatkan penghasilan kalsium dalam badan dan sebagainya. Memang,tidak dapat dinafikan,Sunnah Rasullullah ini banyak mendatangkan pelbagai manfaat dalam kehidupan seharian dan telah diamalkan oleh masyarakat terdahulu lagi.

Kulit Lemon Untuk Memutihkan gigiSelain itu, kulit lemon juga boleh digunakan salah satu cara untuk memutihkan gigi. Ini adalah kerana lemon mempunyai vitamin C yang sangat tinggi ketika di gosok menggunakan belakang kulit lemon tersebut pada gigi. Oleh itu, kaedah ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai gigi yang sensitif kerana keasidan dalam lemon boleh mengganggu keselesaan mulut nanti.Bagi mendapatkan yang kesan yang baik,ia harus dilakukan setiap hari.

Serai Cara Memutihkan GigiSerai juga mampu untuuk membantu untuk memutihkan gigi kita. Batang serai dan daunnya  mengandungi minyak pati dan secara keseluruhannya ia mempunyai banyak kegunaannya. Cara memutihkan gigi menggunakan serai agak mudah, serai tersebut haruslah ditumbuk dengan halus yng telah dipotong dengan kecil kemudian bolehlah digosok pada gigi. Bagi ingin mendapatkan kesan yang terbaik, boleh dicampur dengan arang sedikit.

cuka epal hilangkan selulitBahan lain yang boleh memutihkan gigi adalah pengunaan Cuka Epal.  Cuka epal juga boleh memutihkan gigi kita. Cuka epal ini juga boleh menanggalkan kesan kafein dan nikotin yang melekat pada gigi kita. Namun, penggunaan,cuka ini haruslah sedikit sahaja dan perlu  dicampur dengan air kemudian barulah berkumur. Ini adalah kerana cuka epal ini mempunyai antiseptic yang kuat sehingga mampu untuk membunuh semua bakteria di dalam mulut. Selepas berkumuh-kumuh, kita harus memberus gigi bagi menghapus kotoran pada gigi.

Buah Strawberry Putihkan GigiKalau yang jenis suka berjalan ke Cameron Higland, jangan lupa beli buah strawberry banyak -banyak. Buah strawberry adalah secara tidak langsung juga mampu untuk memutihkan gigi kita berikutan mempunyai kandungan alpha-hydroxic di dalamnya. Ini adalah kerana ia memiliki rasa masam-masam manis yang secara tidak langsung dapat untuk memutihkan gigi.Secara tidak langsung ia tidak perlu untuk membuat ramuan atau campur dengan bahan lain lagi.Kita hanya perlu menghancurkan buah strawberry tersebut dan menggosokkannya pada gigi.

Terdapat pelbagai cara memutihkan gigi yang boleh digunakan untuk memutihkan gigi khususnya dengan kaedah tradisional tanpa mengeluarkan kos yang besar. Namun begitu, setiap perkara yang kita lakukan pada gigi haruslah berhati-hati agar ia tidak merosakkan enamel semulajadinya.

Gigi PutihJom Amalkan Dan Miliki Senyuman Menawan

Oleh itu, kita haruslah memastikan setiap hari penjagaan gigi haruslah betul.Masyarakat juga harus membuang tanggapan bahawa memberus gigi sudah memadai dalam penjagaan gigi seharian dan itu adalah tidak benar sama sekali.

Bagi mereka yang merokok anda perlu tahu ia adalah salah satu punca besar menyebabkan berlakunya masalah gigi kuning dan rosak. Justeru itu, hindarilah perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah kesihatan pada gigi dan mulut. Memiliki gigi yang cantik dan putih ia adalah salah satu aset yang penting dalam kehidupan setiap masyarakat.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply