Jom Amalkan 5 Cara Menghilangkan Jeragat Yang Mudah

Saya tahu ramai yang mengalami masalah jerawat dan jeragat. Tapi masih ramai yang tidak tahu sebenarnya banyak cara menghilangkan jeragat dengan mudah dan berkesan.

Cara Menghilangkan Jeragat Secara Alami

Masalah jerawat mungkin sudah sering kita dengar, tetapi kemunculan jeragat pada kulit wajah mungkin turut membuatkan anda panik. Jeragat adalah bintik-bintik hitam berwarna (seperti coklat, hitam, merah) yang disebabkan oleh peningkatan pigmen berwarna gelap yang dipanggil melanin.

Peningkatan Usia Faktor Jeragat

Selain faktor peningkatan usia, berada dalam iklim panas dan lembap seperti Malaysia juga turut menyumbang kepada punca jeragat.

Satu tips penting yang ingin saya kongsi untuk mengelakkan pembentukan jeragat ; berhati-hati dengan produk penjagaan muka yang anda pilih. Yang murah belum tentu selamat. Tersilap sapu, berjeragatlah muka anda yang telah dijaga bertahun-tahun tu.

5 Cara Menghilangkan Jeragat Yang Mudah

Bagi anda yang telah sedia mengalami masalah jeragat ni, jom saya kongsikan sedikit petua tradisional cara menghilangkan jeragat. Caranya tidak susah, semua bahan yang digunakan adalah alami dan mungkin ada di ruang dapur anda sahaja!

5. Jus Lemon untuk menghilangkan jeragat

us Lemon untuk menghilangkan jeragat

Lemon atau buah-buahan sitrus seringkali digunakan dalam produk penjagaan muka yang berasaskan konsep whitening atau pemutihan kulit. Pernah anda tertanya-tanya kenapa ia sering digunakan secara meluas dalam industri produk kecantikan?

Estrak lemon dikatakan mempunyai kesan bleaching secara semulajadi pada kulit manusia. Buah lemon mengandungi vitamin C yang tinggi, dan dapat membantu meneutralkan radikal bebas yang dapat merosakkan kulit. Ia juga dikatakan dapat menyingkirkan sel kulit mati dengan cepat dan merangsang pertumbuhan sel baru, sekaligus mengurangkan pigmentasi pada kulit yang merupakan penyebab jeragat.

Buah Lemon

Caranya mudah saja. Anda hanya perlu menitiskan jus lemon pada jari atau kapas, dan sapu pada kawasan yang bermasalah. Jika anda dapati asidnya agak kuat untuk kulit anda, anda boleh mencampurkannya dengan yogurt.

Baca: Cara Memutihkan Gigi

Kalau anda mempunyai banyak masa terluang dan sememangnya seorang yang rajin, anda boleh membuat sendiri produk penjagaan yang berasaskan lemon.

Toner Lemon

Campurkan ¼ cawan jus lemon segar, 1 uncang teh hijau dan 1 cawan air mendidih dalam bekas tahan panas. Biarkan semua bahan terendam selama 10 minit dan asingkan uncang teh hijau.

Setelah sejuk, celupkan kapas ke dalam campuran toner dan sapukan pada muka. Tidak perlu bilas dan boleh disapu dua kali sehari untuk kesan efektif. Toner lemon ini sangat sesuai untuk yang mempunyai kulit berjeragat dan berminyak.

Masker lemon dan epal

Epal mengandungi Phloretin, iaitu bahan anti-oksidan yang sangat berkuasa mencegah melanoma dan kanser kulit. Caranya, kisarkan sebiji epal sehingga menjadi puri, kemudian tambahkan 2 sudu besar jus lemon segar dan kacau sehingga sebati.

Tampalkan masker pada muka, biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Mudahkan? Boleh diamalkan 2 kali seminggu dan berkesan menghilangkan jeragat dan melambatkan proses penuaan.

4. Betik Sebagai Bahan Penghapus Jeragat Untuk Kulit Sensitif

Betik Sebagai Bahan Penghapus Jeragat

Untuk yang berkulit sensitif, anda boleh menggunakan betik sebagai bahan penghapus jeragat. Betik mengandungi enzim papain, yang dapat membantu memudarkan bintik hitam pada wajah. Kisarkan betik ranum sehingga hancur. Sapukan pada wajah dan urut secara lembut. Biarkan 10 minit dan bilas. Boleh diamalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

Boleh juga dicampurkan dengan sesudu lemon.

3. Penjagaan Kulit Wajah Dengan Madu

Umum mengetahui, madu mempunyai beribu khasiat sama ada untuk kesihatan, kecantikan dan pemakanan.

Penjagaan Kulit Wajah Dengan Madu

Kegunaan madu untuk penjagaan kulit wajah juga tidak terkecuali. Terdapat banyak kaedah penggunaan madu dalam rawatan jeragat, saya kongsikan dua cara yang boleh diamalkan.

Madu dan air

Campurkan madu dan sedikit air suam di dalam mangkuk untuk mencairkan sedikit madu. Sapukan pada kulit dan biarkan kering. Bilas dengan air suam. Sesuai diamalkan setiap hari.

Madu dan yogurt

Campurkan madu dan yogurt dalam kuantiti seimbang. Contohnya, jika menggunakan 1 sudu yogurt, kuantiti madu juga 1 sudu. Tampal pada kulit wajah dan biarkan selama 30-40 minit. Setelah kering, bilas dengan air. Boleh diamalkan sehari sekali.

2. Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Pisang

Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Pisang

Pisang mengandungi Asid Salicylic, yang berkesan menanggalkan sel kulit mati dan memudarkan bintik hitam. Kalau anda makan pisang tu, usah dibuang kulitnya. Kulit pisang amat berguna untuk memudarkan kesan jeragat. Cuma ambil kulit pisang dan gosokkan pada kulit. Biarkan seketika dan bilas.

Pisang juga boleh dicampurkan dengan daun pudina untuk kesan yang lebih optimum. Daun pudina terkenal dengan kandungan vitamin A, B dan C, antioksidan dan folate. Berikut adalah cara membuat masker pisang dan daun pudina.

Masker pisang dan daun pudina

Kisar/tumbuk segenggam daun pudina dan jadikan pes. Hancurkan sebiji pisang bersaiz sederhana dan campurkan bersama pes pudina tadi. Gaul sehingga sebati. Tampalkan sebatian tersebut pada wajah dan biarkan selama 5 minit. Bilas dengan air bersih. Boleh diamalkan 3 kali seminggu.

1. Terung melindungi sel daripada kerosakan kulit oleh radikal bebas.

Terung melindungi sel daripada kerosakan kulitTerung mengandungi  Anthocyanin, sejenis nutrient yang melindungi sel daripada kerosakan kulit oleh radikal bebas. Terung juga terkenal dengan fungsinya mencegah penghasilan melanin berlebihan yang menyebabkan masalah jeragat.

Caranya, hiris sebiji terung (pilih terung yang agak berair) dan gosokkan hirisan terung tersebut pada jeragat dalam gerakan membulat. Ulang sehingga semua hirisan terung habis atau untuk 5-10 minit. Biarkan lembapan daripada terung tersebut mengering selama 15 minit. Bilaskan dengan air putih. Boleh amalkan setiap hari untuk seminggu.

Cara Menghilangkan Jeragat

Amalan Berterusan Untuk Hasil Yang Maksimum

Terdapat masih banyak petua di luar sana yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah jeragat ini. Yang penting, kata kuncinya adalah konsisten. Usah mengharapkan kesan terbaik dengan usaha minimum. Selamat Berjaya dan selamat beramal!

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply