Cara Solat Sunat Taubat Dan Erti Taubat

Cara Bertaubat mengikut Islam

Penafian: Artikel ini ditulis khas untuk memberi panduan tata cara solat sunat taubat dan ertinya. Artikel ini tidak memberikan nasihat pakar, sila rujuk Ustaz/Imam/Alim Ulamak untuk mendapatkan pengesahan cara yang betul.

Tidak ada manusia di atas muka bumi ini yang tidak terlepas dari melakukan dosa kecuali Rasulullah SAW yang dipelihara Allah SWT dari melakukan dosa.

Kanak kanak SolatApa yang dimaksudkan dengan dosa ?

Dosa adalah semua perkara yang melanggar hukum tuhan dan agama.

Maksud Hadis : Dari an-Nawwas bin Sam’an Radhiyallahu anhu, ia berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam tentang kebajikan dan dosa, maka beliau menjawab, “Kebajikan adalah akhlak yang baik dan dosa adalah apa yang membuat bimbang (ragu) hatimu dan engkau tidak suka dilihat (diketahui) oleh manusia.” [HR. Muslim]

Apa yang berlaku jika melakukan dosa ?

Setiap dosa yang dilakukan manusia akan dicatat oleh malaikat untuk di hitung pada hari pembalasan. Dosa akan terhapus dengan bertaubat kepada Allah. Tetapi jika kita melakukan dosa terhadap manusia, bertaubat kepada Allah sahaja tidak cukup. Kita perlu untuk memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang telah dilakukan kepada mereka yang telah kita berbuat dosa.

Cara Bertaubat mengikut IslamBagaimana Cara Bertaubat ?

  1. Bersegera meninggalkan dosa yang dilakukan
  2. Menyesal dengan dosa yang telah dilakukan
  3. Berazam untuk tidak melakukan dosa lagi

Syarat Bertaubat

Tiada syarat dalam bertaubat, selagi diberikan kesempat untuk bertaubat maka bertaubat lah kerana tiada taubat selepas mati.

Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya” (Surah At-Taubah : 104).

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).” (Surah. At- Tahrim : 8)

Bagaimana Jika Kita Melakukan Dosa Berulang Kali

“Ada seorang hamba yang berbuat dosa lalu dia mengatakan ‘Allahummagfirliy dzanbiy’ [Ya Allah, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ay robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ay robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa. Beramallah sesukamu, sungguh engkau telah diampuni.”( HR. Muslim no. 2758).

Hadith ini menunjukkan bahawa Allah SWT maha pengampun dan maha mengasihani, selagi ada kesempatan yang diberikan, bertaubat lah sebelum terlambat. Bagaimanapun berusaha lah untuk mninggalkan dosa secara keseluruhannya, berazam dengan bersungguh-sungguh untuk meningggalkan dosa yang pernah dilakukan.

Cara Solat Sunat TaubatTips Elak Dari Melakukan Dosa

  1. Setiap orang imannya tidak sama, ujiannya pon tidak sama. Hanya kita yang tahu di paras mana iman kita. Jika kita tahu iman kita lemah dan mudah terpengaruh jadi kita cuba dan berusaha untuk mengelak dari perkara yang mendorong kita untuk melakukan dosa.
  2. Anda juga boleh mendisiplinkan diri anda dengan bernazar. Ya BERNAZAR, sebagai contoh anda sering melakukan dosa yang sama seperti meningalkan solat fardhu. Jadi anda bernazar jika meninggalkan satu waktu, anda akan bersedekah RM100. Bernazar lah benda yang agak susah untuk di lakukan. Jika mudah sangat nazar anda maka disiplin tidak akan terjadi.
  3. Berkawan dengan orang yang dapat membimbing kita supaya menjadi lebih baik bukan menjadi lebih buruk. Jika ada rakan kita yang sama sikap, berusaha bersama-sama untuk meninggalkan maksiat dan dosa.

Tata cara Solat Sunat Taubat

Tidaklah seorang hamba melakukan dosa kemudian ia bersuci dengan baik, kemudian berdiri untuk melakukan shalat dua raka’at kemudian meminta ampun kepada Allah, kecuali Allah akan mengampuninya.” Kemudian beliau membaca ayat ini: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.[10]” (HR. Tirmidzi no. 406)
Hadith ini jelas menunjukkan amalan solat sunat taubat adalah dianjurkan dalam islam. Berikut adalah tatacara untuk melakukan solat sunat taubat secara ringkas :

Niat

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Rakaat pertama

Selesai bacaan al-fatihah  baca surah Al-Kafirun

Rakaat kedua

Selesai bacaan al-fatihah  baca surah Al-Ikhlas

Sujud Terakhir

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

 Baca istighfar ini sebanyak 11 kali

Selepas bacaan istighfar monolog dalam hati, mohon ampun dari Allah dan berazam untuk tinggalkan segala dosa dan maksiat.

Di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jualah yang kekal selamanya. Kehidupan kita di dunia mestilah seimbang dengan akhirat. Berkerjalah dengan keras seolah-olah kita akan hidup selam-lamanya, beramal lah dengan bersungguh seolah-olah kita akan mati esok.

Selesai Solat

Ambil sedikit masa untuk beristighfar (sebaiknya 10 kali) atau semampu mungkin.

Penghulu Istighfar

Selepas beristighfar, tadah lah tangan dan berdoa kepada Allah agar dikuatkan iman dan diberikan kesempatan untuk bertaubat.

Jom Tonton panduan Solat Taubat:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *