Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Berkhasiat Agar Bayi Sihat

Menanti setiap kelahiran cahaya mata adalah saat yang berharga bagi setiap pasangan yang berkhawin.Ini adalah kerana anak adalah merupakan penyambung zuriat bagi setiap keturunan itu. Namun bagi memastikan bahawa setiap kelahiran bayi tersebut dalam keadaan yang baik, ia haruslah dijaga dan dipantau disaat dalam kandungan lagi. Perkara utama yang amat dititik beratkan dalam soal kandungan adalah makanan untuk ibu mengandung iaitu makanan yang berkhasiat. Setiap wanita harus mengamalkan corak pemakanan yang berkhasiat di saat awal kehamilan lagi.

Makanan Untuk Ibu Hamil

Apakah Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Berkhasiat?

Antara makanan yang harus digalakkan diambil oleh ibu mengandung adalah sayur-sayuran hijau. Ini adalah kerana ia mengandungi  vitamin dan mineral yang semulajadi dimana merupakan amat penting bagi membantu pembesaran otak dan pembentukan tulang  bayi semasa di dalam kandungan lagi. Sebagai contohnya adalah brokoli, yang mempunyai vitamin A, vitamin C dan kaya dengan kandungan kalsium. Oleh itu, brokoli adalah salah satu sayur yang dapat membantu imum badan bayi semasa dalam kandungan.

Makanan Untuk Ibu Mengandung Buah Buahan

Selain itu, buah-buahan juga amat penting pengambilannnya bagi wanita hamil. Hal ini adalah kerana buah mempunyai serat yang dapat memberi tenaga kepada wanita sepanjang kehamilan, meningkatkan metabolisme,dapat mengawal HB ketika mengandung dan sebagainyai. Contohnya seperti buah delima, jika diambil semasa di awal kehamilan ia dapat membantu melindungi otak bayi ketika proses kelahiran. Di samping itu, ia mempunyai asid folic yng tinggi bagi mengelakkan kecacatan pada tiub saraf bayi dan ia adalah merupakan salah satu keperluan terpenting bagi setiap wanita di saat awal kehamilan.

Tambahan lagi, kekacang juga adalah merupakan salah satu makanan yang berkhasiat di saat kehamilan. Ini adalah kerana kacang mengandungi sumber mineral seperti magnesium, selemium,kalsium dan kalium dan ia dapat mengelakkan ibu mengandung mengalami kekejangan anggota badan serta membantu sel-sel dalam otak bayi berhubung. Bagi kacang yang mempunyai vitamin B dimana ia dapat mencegah kepada kecacatan pada janin. Contohnya seperti kacang merah dan soya ia mengandungi protein, karbohidrat,Vitamin B1, vitamin B2,Kalsium,asid folik,omega 3 dan omega 6 di mana semua ini amat diperlukan bagi pembentukan otak bayi.

Selain buah, sayur dan kekacang, telur adalah makanan untuk ibu mengandung yang berkhasiat yang paling mudah boleh di ambil oleh ibu yang hamil bagi memastikan bayi dalam kandungan terus mendapat khasiat. Ini adalah kerana, telur kaya dengan pelbagai jenis khasiat seperti vitamin, mineral dan choline. Choline adalah merupakan nutrisi penting bagi pembentukan otak janin dan sehingga terbentuk menjadi bayi.

Makanan Untuk Ibu Hamil Kurma

Salah satu makanan sunnah yang sesuai untuk ibu hamil adalah kurma. Kurma juga adalah makanan berkhasiat yang boleh di ambil oleh ibu yang mengandung.Kurma yang cukup sinonim dengan makan Sunnah oleh setiap masyarakat. Ini adalah kerana kurma mempunyai zat besi, protein,potassium yang tinggi untuk sistem saraf bagi meransang daya ingatan dan daya tahan badan. Selain itu juga, sabda Rasullah juga turut menyatakan bahawa “ Berikanlan isteri kamu yang hamil buah kurma,nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, sopan serta pemikiran yang cergas”. Oleh itu, perkara ini sudah membuktikan bahawa kurma banyak mendatangkan manfaat kepada setiap wanita yang mengandung.

Selain makanan sunnah kurma, madu juga adalah makanan yang berkhasiat dan amat digalakkan diambil semasa kehamilan. Ini adalah kerana ia dikenali sebagai penyembuh penyakit kerana mempunyai pelbagai vitamin A, B1, B2, B3, B5,B6, D, K, E, dan mineral seperti zat besi , zink.Di samping itu, ia dapat meningkatkan daya ingatan dan kecegasan mental kerana ia mengandungi protein,hormon,antiseptic dan enzim.

Di samping itu juga, kismis juga adalah salah satu makanan yang berkhasiat yang digalakkan ambil semasa kehamilan. Ini adalah kerana ia mempunyai zat besi yang dapat membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk sampai ke otak dan ia adalah amat penting. Bagi mengangkut semua nutrisi ke semua tempat yang diperlukan darah adalah amat diperlukan. Olehitu, disitulah bermulanya proses pembentukan otak dan ia haruslah mencukupi agar otak anak dapat dilahirkan genius nanti.

Makanan Untuk Ibu Mengandung Oat

Salah satu makanan tambahan semasa mengandung yang sesuai adalah Oat. Oat adalah makanan untuk ibu mengandung yang amat penting pengambilannya semasa kehamilan kerana ia memberi tenaga pada tubuh dengan cepat. Hal ini adalah kerana mempunyai zat yang tinggi kandungannya serta ia mampu memberi rasa kenyang yang lama kepada ibu hamil  disebabkan karbohidrat dan serat di dalamnnya khususnya semasa di bulan puasa.Oleh itu, secara tidak langsung ia dapat membantu ibu menjalani aktiviti seharian dalam kehidupan.

Pengambilan susu dan tenusu seperti keju juga semasa kehamilan adalah amat penting bagi memastikan setiap ibu yang mengandung sentiasa mendapat khasiat berterusan berikutan mempunyai kalsium yang sangat tinggi. Hal ini adalah kerana ia membantu pertumbuhan tulang bayi semasa dalam kandungan. Tambahan lagi, susu juga amat penting bagi menghasilkan kulit bayi yang cantik dan dapat mengelakkan bayi daripada berisiko daripada menghidapi penyakit kulit.

Makanan Untuk Ibu Mengandung

Makanan laut juga amat berkhasiat untuk wanita hamil mempunyai sumber protein dan omega 3 yang baik untuk tubuh badan. Contohnya seperti ikan salmon ia mempunyai protein dan omega yang tinggi dimana ia diperlukan untuk membantu sel-sel otak bayi berhubung semasa di dalam kandungan.

Amalkan Makanan Sihat Bagi Memberi Khasiat Untuk Ibu Mengandung

Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa setiap wanita yang hamil harus menitikberatkan setiap makan yang diambil. Hal ini adalah kerana setiap makanan mempunyai khasiat yang tertentu bagi membantu setiap pertumbuhan bayi semasa dalam kandungan.

Pengambilan makanan berkhasiat semasa kehamilan ia akan mendatangkan kesan buruk kepada bayi tersebut selepas kelahirannya nanti. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Kelahiran seorang bayi yang sihat adalah bermula daripada setiap pemakanan yang diambil si ibu.

Related Posts

About The Author

Add Comment