4
35

Punca Bayi Kembung Perut dan cara mengatasinya

Bagi setiap bayi yang menangis secara berpanjangan dan susah tidur pasti amat membimbangkan setiap para ibu bapa.Hal ini adalah kerana terdapat pelbagai punca  yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku antaranya lampin basah, lapar, letih, mengantuk, keadaan persekitaran yang tidak selesa seperti suasana bising, sejuk atau terlalu panas. Namun hal yang demikian, masalah yang selalu amat merunsingkan ibu bapa yang selalu menjadi kebiasaan bayi menangis terlalu lama ialah bayi kembung perut.

Bayi Kembung Perut

Masalah kembung perut sering kali berlaku setiap bayi dan ini adalah perkara yang biasa yang selalu dihadapi oleh ibu bapa bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan ke bawah. Hal ini berlaku kerana abdomen bayi kelihatan kembung walaupun ia sebenarnya adalah normal dan ruang bayi masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.

Punca Bayi Kembung Perut dan Cara Mengatasi

Punca-Punca Bayi Kembung Perut

Salah satu punca berlakunya punca bayi kembung perut adalah daripada pemakanan si ibu. Pengambilan makanan terutamanya makanan yang boleh menyebabkan seseorang itu angin dalam badan seperti kubis, taugeh, halia dan sebagainya. Perkara ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan terhadap si bayi yang masih menyusu badan. Oleh itu,si ibu harus menukar corak pemakanan bagi mengelakkan berlakunya angin yang terperangkap dalam perut terhadap si bayi.Menyusu Bayi Kembung Perut

Selain itu, semasa dalam penyusuan bayi si ibu kurang untuk sendawakan bayi dan terlebih pengambilan susu.Perkara ini amat mudah mendatangkan angin berkumpul dalam perut terhadap si bayi. Oleh itu, fenomena ini  akan menyebabkan berlakunya pencernaan yang tidak sempurna dengan usus yang sensitif sehingga menyebabkan berlakunya ketidakselesaan perut.Perut si bayi akan lebih mengeras sedikit lain seperti biasa akibat daripada angin yang telah berkumpul.

Tambahan lagi, corak penyususuan yang kurang sesuai juga boleh mendatangkan perut kembung. Kedudukan botol susu yang condong dan saiz putting yang tidak sesuai yang besar daripada mulut bayi  bagi yang sudah menggunakan susu formula menyebabkan bayi  banyak menelan udara semasa dalam proses penyusuan.

“Susu Formula Faktor Bayi Kembung Perut”

Susu Formula Bayi Kembung Perut

Disamping itu, alahan bayi terhadap susu formula juga turut menyumbang terhadap masalah perut kembung. Sesetengah bayi tidak dapat menerima protein susu lembu atau laktosa yang terdapat dalam susu formula tersebut.Penggunaan bahan formula yang tinggi tidak sesuai dengan sistem abdomen bayi yang masih terlalu lembut untuk menerima bahan asing masuk ke dalamnya. Saya sarankan agar meneliti dulu susu formula sebelum diberi kepada bayi anda, saya sendiri menggunakan susu formula jenama Novalac untuk anak saya Aisyah tetapi sedikit bermasalah kerana susu jenis ini hanya ada dijual di farmasi sahaja.

Cara mengatasi Bayi Kembung Perut

Terdapat banyak cara untuk mengatasi dan mencegah bayi dari kembung perut. Bagi mengatasi masalah perut kembung bayi dengan langkah mudah iaitu dengan sapuan minyak atau tuala suam yang sesuai ke atas bayi. Dengan disertai urutan yang lembut  di belakang bayi  sehingga sendawa dapat membantu mencapai kelegaan terhadap bayi tersebut. Oleh itu, si ibu harulah digalakkan sentiasa mengurut dengan teknik yang bersesuaian selepas memberi bayi minum susu agar dapat memberikan keselesaan terhadap bayi tersebut. Namun,amalan mengoncang bayi adalah tidak sama sekali kerana perbuatan tersebut akan mendatangkan pendarahan dalam otak, mata dan ia boleh mendatangkan maut.Bayi Kembung Perut Selesa

Selain itu, si ibu harus menukar corak pemakanan semasa meyusukan bayi. Hal ini adalah kerana segala zat-zat yang terkandung dalam pemakanan si ibu akan mengalir kepada bayi semasa proses penyusuan. Si ibu seharusnya mengambil makanan bersumberkan nutrient seperti kalsium contoh nya susu, produk kacang soya, keju sayuran hijau ,, vitamin A ( hati, buah, dan sayur berwarna oren, vitamin B kompleks ( ikan, daging tanpa lemak,susu ) dan vitamin C buah-buahan seperti oren, betik, kiwi. Namun, para ibu tidak sama sekali dibenarkan untuk mengambil supplement tambahan semasa dalam proses penyusuan bayi bagi mengelakkan bahan kimia yang tinggi masuk dalam badan bayi.

“Susu Formula Adalah Susu Lembu”

Tambahan lagi,corak penyusuan bayi juga turut perlu diambil perhatian. Ini adalah kerana penggunaan teknik yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya perut kembung terhadap bayi. Saiz putting botol yang sesuai dapat memberikan keselesaan terhadap bayi. Selain itu, penggunaan susu formula bagi bayi yang tidak dapat menerima formula  susu lembu haruslah tidak dibenarkan sama sekali.Makanan bayi susah tidur malam

Selain itu, penggunaan ubat “ simethicone” dan cairan “ gripe water” dapat membantu masalah bayi kembung perut. Hal ini adalah kerana gas dapat dikeluarkan dalam perut melalui ubat simethicone semasa dalam proses penyusuan bayi. Namun tahap penggunaan dos adalah bergantung kepada formulasi yang telah ditetapkan. Bagi penggunaan “gripe water” pula yang mengandungi Dill seed Oil iuga dapat mendatangkan kelegaan terhadap bayi. Namun ia adalah sesuai bagi bayi yang yang berumur setahun ke atas sahaja.

Bayi Sukar tidur malamMencegah Lebih Baik dari Mengubati

Oleh itu, secara kesimpulannya masalah ini adalah tidak merbahaya jika diambil perhatian. Namun, jika perkara ini berterusan ada kemungkinan bayi mengalami masalah  lain. Oleh itu ibu bapa seharusnya membawa anak mereka berjumpa dengan doktor bagi mengenalpasti masalah tersebut agar tidak mendatangkan kemudaratan terhadap bayi.Penggunaan ubat terhadap bayi tanpa ada nasihat doktor adalah tidak sama sekali dan ini adalah kerana sistem daya tahan bayi yang masih lembut.Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati “.

Leave a Reply