4
6

Takaful atau Insurans

Takaful atau Insurance“ Eh engkau dah ambil insurans ke?”. Ungkapan seperti ini sering kita semua dengari di kalangan masyarakat. Ternyata ramai orang yang tidak tahu perbezaan antara takaful dan insurans. Kadang kala yang mengambil polisi takaful pun akan kata dia ambil polisi insurans. Sebab itulah ramai yang tidak menyedari tentang wujudnya dunia takaful pada era ini. Terdapat beberapa perbezaan di antara takaful dan insurans yang boleh kita pelajari untuk memastikan kita semua tidak silap dalam memilih polisi yang bersesuaian untuk kepentingan pada masa hadapan.

InsuransTakaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan membatu antara satu sama lain. Tujuan konsep ini ialah untuk mengalakkan tolong – menolong dan perpaduan dalam kalangan masyarakat selari dengan konsep taa’wun (kerjasama). Konsep takaful secara amnya adalah sumbangan atau caruman sejumlah wang ke dalam sebuah dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’).

musibahSekiranya ada berlaku sesuatu kemalangan atau musibah di dalam ahli yang menyertai takaful, semua ahli yang lain akan membantu ahli yang mengalami musibah dengan cara memberi sumbangan melalui dana yang terkumpul di dalam takaful. Pelan – pelan perlindungan dalam takaful adalah patuh syariah di mana tiada unsur – unsur yang dilarang seperti gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba’. Manakala insurans pula merupakan pemindahan risiko daripada seorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans. Kita digelar sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada kita setiap bulan yang juga digelar premium dan jika kita mengalami kerugian atau kemalangan, syarikat insurans akan membayar pampasan pada kita. Perniagaan takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara insurans adalah haram kerana insurans mengandungi unsur riba, gharar dan maisir.

Perbezaan antara takaful dan insurans ialah kontrak asas yang diguna pakai. Dalam insurans kontrak yang digunakan ialah kontrak pertukaran (Mu’ awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara takaful pula menggunakan kontrak derma (Tabbarru’), wakalah (agensi), dan kontrak mudharabah (perkongsian untung rugi). Kontrak wakalah yang berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud menjaga, menjamin, dan menyerahkan. Seseorang atau sesuatu pihak bertindak bagi pihak yang lain dan dalam bahasa yang mudah ialah membuat kerja untuk orang lain atau menjadi wakil kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu urusan.

Ejen Insurans

Sumber Google

Dalam konsep takaful ini, agen takaful bertindak sebagai wakil dan mereka ini akan diberi ujrah (upah) atau lebih dikenali sebagai komisen. Manakala kontrak mudharabah pula adalah akad pelaburan yang mana perkongsian keuntungan dan kerugian di mana satu pihak akan memberi modal dan satu pihak lagi akan mengusahakan modal, apabila berlaku keuntungan kedua – dua pihak akan mendapat keuntungan mengikut persetujuan bersama, manakala jika mengalami kerugian, pemberi modal yang akan menanggung kerugian. Jadi pihak syarikat takaful bertindak sebagai mudharib iaitu pengusaha modal dan peserta takaful pula sebagai rabbul mal iaitu pemberi modal

Pelaburan

Sumber Google : Ariffshah.com

Selain itu juga, saluran pelaburan di antara takaful dan insurans juga merupakan salah satu perbezaan yang boleh kita perlihatkan. Pelaburan kumpulan wand takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan syarak. Pelaburan ini hanya akan dilaksanakan ke atas syarikat – syarikat yang telah dikategorikan sebagai patuh syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh syariah yang telah dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC). Manakala pelaburan dalam syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tak kira sama ada halal ataupun haram. Ini termasuklah juga dengan pelaburan di dalam syarikat perjudian dan arak. Ini merupakan perbezaan yang sangat penting di antara syarikat takaful dan syarikat insurans.

Majlis Penasihat SyariahSeterusnya ialah pelaksanaan operasi bagi kedua syarikat ini juga berbeza iaitu syarikat takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak takaful termasuklah pelaburan. Syarikat takaful juga mempunyai unit syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.  Pengendali takaful juga wajib membayar zakat perniagaan dan cukai. Segala hasil yang tidak halal yang diperolehi oleh pengendali takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Manakala bagi syarikat insurans pula, ia tidak mempunyai bahagian penasihat syariah dan syarikat ini juga tidak akan mengasingkan duit yang tidak halal kerana operasinya juga mengamalkan unsur yang dilarang. Syarikat insurans juga tidak membayar zakat dan hanya membayar Cuma sahaja.

Keluarga BahagiaJadi di sini dapat kita semua perhatikan penggunaan takaful dan insurans dalam industri adalah berbeza. Ini kerana takaful sangat digalakkan untuk semua umat Islam manakala insurans pula dilarang sama sekali untuk umat Islam. Industri takaful ini juga sedang pesat membangun kerana mendatangkan banyak manfaat buat masyarakat. Terdapat beberapa polisi popular yang sering mendapat permintaan ramai antaranya takaful kenderaan , takaful perubatan dan takaful perniagaan. Sistem takaful tidak hanya memberi manfaat kepada Muslim sahaja, tetapi ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply