4
17

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Seawal 1 Minggu

Bagi kaum hawa, saat yang ditunggu-tunggu selepas mendirikan rumah tangga adalah memiliki cahaya mata yang dapat menceriakan rumah tangga. Tidak semua yang berhajat itu mendapat peluang untuk merasai pengalaman ini. Bagi yang diberi peluang untuk merasai pengalaman ini. Berikut adalah tanda-tanda awal kehamilan yang boleh dirasai diawal kehamilan :

Tanda-Tanda Awal KehamilanKenali Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Pendarahan

Sedikit pendarahan berlaku pada 1 ke 2 minggu sebelum kedatangan haid disebabkan berlakunya proses implantasi didalam Rahim. Proses ini akan menyebabkan ibu hamil terasa sedikit kejang pada bahagian rahim atau perut. (Implantasi ni berbeza ya dengan menstruasi atau darah haid)

Tanda Awal Kehamilan Morning SicknessMorning sikness

Kenapa morning sikness ? sebab biasa loya dan muntah bagi ibu hamil ni berlaku pada waktu pagi. Tetapi bergantung juga kepada individu itu sendiri, adakalanya ia berlaku waktu makan tetapi ia akan kurang berlaku terhadap ibu yang pernah hamil sebelum ini.

Payudara mula berubah

Ia disebabkan perubahan hormon estrogen dan progesteron, ianya boleh dilihat pada warna sekitar puting akan mula menjadi lebih gelap dan puting akan jadi lebih sensitif terhadap sentuhan, bahkan dengan bra yang dipakai juga.

Kekerapan buang air kecil

Pembuangan air kecil juga akan menjadi lebih kerap kerana penghasilan darah yang lebih juga diperlukan bagi menyokong pertumbuhan janin, oleh itu ginjal terpaksa menapis darah dengan lebih kerap dan menyebabkan peningkatan penghasilan urine berlaku. Selain itu, penekanan rahim keatas pundi kencing juga meningkatkan perasaan ini membuang air kecil berlaku.

Keletihan Punca HamilKeletihan

Ibu hamil akan cepat terasa letih terhadap aktiviti harian yang biasa dilalui sebelumnya. Ini kerana tubuh badan sedang melakukan proses pertumbuhan janin didalam Rahim. Seterusnya akan menyebabkan rasa mengantuk.

Moody

Perubahan hormon yang berlaku akan menjejaskan neurotransmitter pada bahagian otak yang menyebabkan emosi menjadi tidak stabil. Tetapi bergantung kepada individu tersebut dalam mengawal emosi.

Sakit Kepala Tanda HamilSakit kepala

Sakit kepala in adalah berkait dengan beberapa faktor diatas kerana loya dan muntah akan menyebabkan selera makan menurun. Ini akan menyebabkan paras gula dalam darah menurun seterusnya menyebabkan badan tidak mendapat keperluan yang secukupnya.

Alahan terhadap bau

Bau yang sebelum ini disukai mungkin akan menjadi bau yang paling dibenci pada waktu kehamilan. Ini kerana perubahan hormon yang berlaku menyebakan deria baunya terganggu. Ini juga boleh terjadi terhadap bau pada suami dan menyebabkan isteri tidak mahu dekat dan tidur dengan si suami. (bertabahlah para suami) tetapi ianya tidak berlaku pada semua wanita, ada wanita yang menjadi lebih suka dengan bau-bauan yang agak pelik seperti suka bau ketiak suami.

Suka meludah

Perkara ini agak pelik tetapi ia berlaku disebabkan perubahan hormon pada ibu hamil. Walau bagaimanapun, ianya akan beransur-ansur hilang selepas memasuki trimester kedua kehamilan,

Nafsu Makan Naik Tanda HamilNafsu makan

Kebiasaan bagi ibu hamil akan merasakan perasaan mengidam untuk makan sesuatu makanan. Ada juga yang tidak mengidam dengan apa-apa makanan, tetapi selera makan bertambah menyebabkan kekerapan untuk makan itu meningkan. Dan ada juga yang kehilangan selera makan disebabkan perasaan loya.

Suhu badan

Suhu badan wanita hamil akan meningkat disebabkan perubahan hormon bagi melindungi janin didalam rahim sepanjang tempoh kehamilan.

Haid

Tidak berlakunya kedatangan haid pada waktu yang sepatutnya, keranan perenyawaan telah berlaku.

Tanda-tanda diatas adalah perkara kebiasaan yang berlaku terhadap ibu hamil di awal kehamilan. Ianya mungkin menjadi penanda bagi anda yang sedang menunggu waktu untuk mengandungkan anak yang bakal menjadi penyeri dalam keluarga yang tercinta dan sebagai panduan tanda awal kehamilan. Bagi memastikan secara tepat untuk menentukan sama ada anda hamil atau pon tidak, berikut adalah langkah yang boleh dibuat secara brsendirian dirumah bagi mengetahui status kehamilan.

pregnancy Test ujian kehamilanApakah cara yang boleh digunakan ?

UPT (urine pregnancy test) ini adalah satu ujian terhadap urine bagi menunjukkan kehadiran hormon hCG (human chorionic gonadotropin) didalam urine.

Apakah itu hCG ?

hCG ini terhasil disebabkan terhasilnya plasenta (uri bayi) yang melekat pada dinding rahim. Kepekatan hCG ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila usia kehamilan kian bertambah. Ujian ini boleh dilakukan seawal hari pertama lewatnya kedatangan haid, tetapi ia munkin tidak menunjukkan keputusan secara tepat kerana kandungan hormone hCG yang masih tidak jelas.

Bila waktu yang sesuai ?

Oleh itu, untuk mendapatkan keputusan yang optima, ujian UPT ini haruslah dilakukan dilakukan 2 minggu selepas lewatnya kedatangan haid, ini kerana hormone hCG sudah cukup pekat untuk dikesan oleh alat ujian UPT.

Peringatan*

Bagi yang mendapatkan rawatan kesuburan dari doktor, ujian UPT ini mungkin bukan cara yang sesuai kerana, dikhuatiri hCG yang dikesaan adalah hasil dari suntikan hCG bukan dari penghasilan oleh plasenta.

Kesuburan

Cara lain Menentukan Tanda Awal Kehamilan ?

Bagi menentukan dengan lebih tepat lagi. Anda disarankan untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi memastikan bahawa anda benar-benar hamil dan perlu untuk mendapatkan kaunseling bagi ibu yang hamil buat kali pertama.

Alhamdulillah sekiranya tanda-tanda awal ini dikesan, InsyaAllah rezeki anda mendapat cahaya mata dan bersedialah untuk berjaga malam menhadapi situasi bayi susah tidur malam dan jadikan pengalaman menjadi ibubapa sebagai memori paling indah dalam hidup.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply