Cara tempahan Rumah Peranginan Persekutuan

Tahun 2017 telah melabuhkan tirainya, tahniah untuk kakitangan kerajaan mendapat bonus. Tetapi, ada berita yang lebih baik untuk penjawat awam dan kakitangan kerajaan kerana tempahan rumah peranginan persekutuan (RRP) untuk tahun 2018 telah dibuka bagi yang merancang untuk bercuti bersama keluarga. Sebenarnya tempahan tahun 2018 yang bermula 3 Januari telah dibuka sejak dari 1 November 2017 lagi.

tempahan rumah peranginan persekutuan

Tempahan adalah dibuka untuk semua rumah transit dan Rumah Peranginan Persekutuan (RRP) kepada kakitangan awam serta pesara kerajaan untuk keseluruhan RRP di Malaysia kecuali Rumah Peranginan Port Dickson yang sedang dalam proses peralihan pengurusan.



Posting ini adalah untuk berkongsi cara tempahan rumah peranginan persekutuan secara online. Baca keseluruhan blog post untuk tatacara menempah rumah peranginan persekutuan.

Apa itu Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)?

Bagi menghargai pengorbanan para pekerja kakitangan kerajaan yang telah banyak berkhidmat dengan pihak kerajaan dalam mana-mana kementerian. Pihak kerajaan telah lama memberikan kelebihan ini kepada semua kakitangan kerajaan tetapi masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan dan kelebihan yang diberikan ini. Bagaimanapun ada beberapa kriteria yang ditetapkan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.

Siapa Yang Layak Memohon RPP ?

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara Kerajaan (memiliki kad pesara)

Kategori RPP

Terdapat 2 kategori mengikut gred yang ditetapkan bagi perkhidmatan ini iaitu Premier dan Eksekutif.

  • Kategori Premier hanya untuk penjawat awam Gred 48 dan keatas.
  • Kategori Eksekutif dibuka untuk semua penjawat awam tidak mengira Gred.

Dimana lokasi RPP ?

Rumah Peranginan Persekutuan

Bagi RPP Premier terdapat di dalam dan luar negara :

Dalam Negara

  1. Bukit Fraser
  2. Tabjung Tuan
  3. Cameron Highland
  4. Labuan
  5. Port Dickson
  6. Morib
  7. Tasik Kenyir
  8. Pulau Langkawi
  9. Pulau Pinang

Luar negara

  1. Singapura
  2. London

Bagi RPP Eksekutif hanya terdapat di dalam negara sahaja.

  • Bukit Fraser
  • Morib
  • Cameron Highland
  • Port Dickson
  • Pulau langkawi
  • Tasik Kenyir
  • Pulau Pinang

Apa Kelebihan Rumah Peranginan Persekutuan Berbanding Penginapan Lain ?

Kelebihan ini adalah diberikan hanya untuk penjawat awam, jadi bagi yang bukan penjawat awam mungkin boleh berkongsi atau menumpang kelebihan ini dari kenalan anda yang berkerja dengan sektor awam. Apa yang menariknya ya?? Banyak sebenarnya kelebihan yang bakal anda perolehi antaranya :

  • Murah

Pasti anda tak percaya dengan harga yang ditawarkan. Dengan kawasan yang menarik dan penginapan yang luas dan selesa, serta pelbagai kemudahan yang disediakan pasti membuatkan anda rasa rugi kalau tidak menggunakan perkhidmatan ini. Jadi anda boleh lihat

  • Besar dan Selesa

Memang sangat besar dan menarik unit penginapan RPP ni, sehinggakan anda boleh mengajak saudara mara datang sekali (lagi ramai lagi seronok betul tak). Anda boleh lihat jenis unit yang disediakan bagi setiap kawasan. RPP jenis Eksekutif boleh ditempah oleh golongan Eksekutif dan Premier.



Manakala RPP jenis Premier hanya boleh ditempah golongan golongan Premier tetapi setiap unit penginapannya mempunyai minimum gred.

  • Lokasi Menarik

Boleh dikatakan semua tempat RPP ini berada di lokasi yang menarik dan terkenal. Jadi memang seronok jika dapat melancong ke tempat yang menarik, dan ada pula penginapan yang murah betul tak.

Di bawah ini saya ada senaraikan kawasan yang terdapat RPP beserta unit dan harganya sekali bagi memudahkan anda untuk melihat dan membandingkan dengan penginapanlain.

Bagi RPP Eksekutif dan Premier

KAWASAN PERANGINAN JENIS UNIT KADAR SEWA
 

 

 

 

PORT DICKSON

Apartment 3 Bilik RM 150.00
Apartment 2 Bilik RM 100.00
Apartment 1 Bilik RM 100.00
Apartment Studio RM 90.00
 

 

MORIB

Banglo 3 Bilik RM 100.00
Rumah Berkembar RM 80.00
Dewan Serbaguna RM 100.00
 

 

 

 

 

 

TASIK KENYIR

Banglo 3 Bilik RM 100.00
Banglo 2 Bilik RM 80.00
Asrama 20 Katil RM 200.00 (asrama 1)

RM 350.00 (asrama 2)

Dewan Sendikit RM 100.00
Dewan Masyuarat RM 80.00
Dewan Makan RM 50.00
 

 

 

 

 

 

CAMERON HIGHLAND

Apartment 2 Bilik RM 100.00
Bilik Biasa RM 50.00
Bilik Mesyuarat RM 80.00
Dewan Serbaguna RM 100.00
Dewan Makan RM 50.00
Asrama 30 Katil RM 200.00
 

PULAU LANGKAWI

Bilik Deluxe RM 100.00
Bilik Standard RM 80.00
 

 

BUKIT FRASER

 

 

 

Banglo 6 Bilik

RM 250.00

(1 unit banglo)

RM 60.00 (1 bilik besar)
RM 50.00 (1 bilik kecil)
 

 

 

PULAU PINANG

Dewan Serbaguna RM 100.00
Dewan Makan RM 50.00
Bilik Mesyuarat RM 80.00
Bilik Perbincangan RM 50.00

Bagi RPP Premier

* Luar Waktu Kemuncak –selain dari waktu kemuncak

* Waktu Kemuncak – sabtu,ahad,cuti umum persekutuan dan cuti sekolah

 

KAWASAN PERANGINAN JENIS UNIT KADAR SEWA MASA
Luar Waktu Kemuncak Waktu

Kemuncak

CAMERON HIGHLAND Banglo 4 Bilik RM 200.00 Jusa C ke atas Jusa A ke atas
BUKIT  FRASER-THE  LODGE Banglo 3 Bilik RM 200.00 Jusa C ke atas Jusa C ke atas
PORT DICKSON

(KM8, JALAN PANTAI)

Banglo VVIP RM 250.00 Jusa C ke atas Jusa C ke atas
PORT DICKSON- TANJUNG TUAN

(KM8, JALAN PANTAI)

Apartment 3 Bilik RM 150.00 Gred 41 Ke Atas Gred 48 Ke Atas
LABUAN Banglo 5 Bilik RM 100.00 Gred 41 Ke Atas Gred 48 Ke Atas
SINGAPURA Banglo 3 Bilik RM 250.00 Gred 41 Ke Atas Gred 48 Ke Atas
 

 

 

 

 

 

 

LONDON

Apartment 5 Bilik (York House) RM 800.00 Ketua Hakim, KSN, Menteri dan ke atas Ketua Hakim, KSN, Menteri dan ke atas
Apartment 3 Bilik

(Hyde Park) No.25

RM 500.00 Jusa C ke atas Turus ke atas
Apartment 3 Bilik

(Hyde Park) No.15

RM 400.00 Jusa C ke atas Jusa C ke atas
Apartment 2 Bilik

(Hyde Park) No.19 Dan 24

RM 300.00 Jusa C ke atas Jusa C ke atas
Rumah Teres 2 Bilik (RP Transit Sipson, Middlesex) RM 250.00 Gred 48 Ke Atas Gred 48 Ke Atas

Bagaimana Cara Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan dan Bila ?

Untuk menempah anda diwajibkan untuk mendaftar sebagai akaun pengguna bagi membuat sebarang tempahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh SBBPH. Untuk mendaftar anda perlu melayari laman web www.bph.gov.my

  1. klik pada bahagian pendaftaran pengguna dan isi segala maklumat yang diperlukan (pastikan email yang didaftarkan adalah betul dan aktif kerana kata laluan akan dihantar melalui email).
  2. Selepas berjaya mendaftar, anda akan menerima email penggesahan beserta kata laluan. Log masuk menggunkan ID anda dan kata laluan yang telah diberikan melalui email.
  3. Anda boleh menukar kata laluan selepas login.
  4. Kemudian anda perlu memasukkan nombor akaun bank bagi tujuan pemulangan lebihan bayaran dan menempah RPP.
  5. Anda akan diberikan pilihan berdasarkan gred jawatan.
  6. Dan anda perlu ikut da isi apa yang diperlukan sehingga selesai.

Peringatan : Tempahan hanya boleh dibuat pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan sahaja.



Itulah sahaja perkongsian kali ini untuk tatacara tempahan rumah peranginan persekutuan. Diharap agar membantu untuk membuat tempahan dan berjaya menempah. Selamat bercuti bagi yang berjaya mendapatkan slot tempahan rumah peranginan percutian. Sekiranya tidak dapat, banyak lagi lokasi penginapan lain yang boleh dicuba seperti hotel ataupun homestay.

Related Posts

About The Author

Add Comment