Terminal Bersepadu Selatan – Apa yang anda perlu tahu

Terminal Bersepadu Selatan mempunyai lokasi yang strategik berikutan terletaknya di Lebuh Raya Sungai Besi, Lebuh Raya Seremban di selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II ( MRRII ) di bahagian timur. Tambahan lagi, seperti yang sedia maklum TBS merupakan stesen bas yang terbesar di Kuala Lumpur dan di Malaysia.

tbs

Dengan kemudahan teknologi pengangkutan yang canggih kini dapat memberi keselesaan serta mempertingkatkan kemudahan kepada para pengunjung serta para penumpang yang menaiki bas ekspress untuk ke selatan,timur,dan utara. Oleh itu,hanya satu tempat sahaja kita boleh ke mana-mana dengan di bawah satu bumbung.

Kemudahan di Terminal Bersepadu Selatan

Pelbagai kemudahan yang disediakan di terminal itu antaranya seperti kawasan letak kereta.Para pengunjung tidak perlu susah hati untuk mendapatkan kawasan tempat kereta kerana telah tersedia kemudahan itu yang luas. Pihak pengurusan Terminal Bersepadu Selatan telah sediakan sebanyak 1000 ruang kawasan khas seperti di Aras 4,5 dan 6.



Dengan kadar  serendah RM3 sehari ia tidak memberi  bebanan kepada para pengujung. Malah bagi motorsikal tiada caj yang dikenakan.Selain itu, bagi wanita yang selalu memandu sehingga lewat malam, parking khas wanita telah disediakan bagi menjamin keselamatan serta keselesaan. Oleh itu, para wanita tidak perlu rasa takut ketika berada di kawasan tersebut.

Tiket Bas TBS

Selain itu,bagi penjualan tiket pula, para pengunjung boleh melihat skrin yang telah disedikan di hadapan kaunter. Oleh itu, maklumat dapat di sampaikan dengan mudah. Tambahan lagi, terdapat enam mesin kiosk telah disediakan bagi membeli tiket secara tunai dengan mudah tanpa perlu menunggu lama atau “touch n go”.

Pembelian tiket dalam talian juga turut disediakan bagi mereka yang terlebih dahulu merancang jadual perjalanan.Berikutan kaedah ini ia dapat mengurangkan kesesakan kepada penumpang yang ingin membeli tiket kerana tanpa perlu menunggu lama. Oleh itu, kadar jenayah juga dapat dikurangkan serta penipuan daripada ulat tiket yang berkeliaran mencari mangsa juga dapat di atasi dengan wujudnya kemudahan penjualan tiket yang canggih.

Sistem Siaran Informasi Pengunjung ( PIDS )

Sistem siaran informasi pengunjung ( PIDS ) turut disediakan seperti jadual pelepasan bas bagi setiap tingkat. Oleh itu, pengunjung akan sentiasa peka dengan waktu pelepasan mereka. Malah bagi balai pelepasan serta ketibaan juga ia hanya dikhaskan kepada para penumpang sahaja di tingkat bawah. Balai pelepasan di Aras 2 terbahagi kepada 3 kawasan.

Terminal Bersepadu Selatan

Balai Pelepasan 1-19 adalah untuk pelepasan Sistem Tiket Bersepadu dan turut menyediakan penghawa dingin, skrin paparan jadual bas,tandas, kiosk makanan dan minuman serta pengumunan pelepasan. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kesesakan yang berlaku ketika para penumpang untuk naik atau turun daripada bas. Malah di balai pelepasan juga, turut menyediakan kedai-kedai jika para pengunjung ingin memberi baranan keperluan mereka sebelum menaiki bas.



Selain itu juga pihak pengurusan TBS juga turut memandang serius terhadap golongan OKU ini. Malah pelbagai kemudahan yang telah disediakan bagi golongan ini tanpa ada unsur pengabaian. Golongan OKU ini akan diberi layanan yang istimewa kerana pelbagai kemudahan khas disediakan seperti tandas OKU, lif, kaunter tiket yang direndahkan,panduan taktil,laluan jalan istimewa serta  petak letak kereta khas juga turut disediakan.

Pemeliharaan Alam Sekitar

Tambahan lagi, terminal ini juga turut menitikberatkan dalam memulihara alam sekitar. Lokasi yang terletak berada di tengah-tengah kota bandar raya memerlukan kecanggihan teknologi yang berasaskan alam sekitar bagi mengelakkan berlakunya pencemaran.

Baca Juga: Senarai Harga Roadtax dan Insurans Kereta

Pihak terminal telah menyediakan landskap dengan telah menanam 10,000 tumbuh-tumbuhan. Ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan berlakunya pemanasan global yang teruk. Selain itu, bagi untuk mengelakkan pencemaran yang berlaku di sekitar terminal itu, Sistem Hampagas Berpusat telah ditubuhkan agar kebersihan dapat dipelihara.

Tandas Yang Selesa

Di samping itu, penyediaan tandas yang selesa juga turut di sediakan. Ini adalah kerana setiap aras telah disediakan tandas awam seperti di Aras 1,2,3, dan 4 malah tandas OKU juga turut diwujudkan.Tandas adalah merupakan salah satu tempat menjadi pemerhatian bagi sesuatu tempat itu,dan bagi memastikan kebersihan terjamin pihak pengurusan terminal telah menyediakan kemudahan maklum balas melalui aplikasi “whatsapp” mengenai tandas. Sekiranya jika pengguna tidak berpuas hati, mereka boleh membuat aduan di saluran yang betul.

Tandas TBS

Selain itu, terminal ini juga turut menyediakan kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi selama 24 jam.Ini mudahkan para pengunjung mendapat maklumat yang lebih terperinci setiap masa jika berlaku masalah ketika berada di terminal berkenaan.



Tambahan lagi, terminal ini juga turut menyediakan hotel berdekatan di Rest and Go Motel bagi para pengunjung yang sudah terlalu letih semsa transit. Kelengkapan bilik tidur yang lengkap, peralatan tempat tidur yang sedia ada dan sistem penghawa dingin dapat memberi keselasaan kepada para pengunjung. Oleh itu, para pengujung tidak perlu berasa risau mendapat tempat untuk bermalam ketika berada di terminal tersebut.

ATM Pelbagai Bank

Justeru itu, kemudahan atm juga turut disediakan jika anda ingin mengeluarkan wang tunai. Pelbagai mesin ATM dan Deposit turut sediakan yang terletak di Aras 3 seperti CIMB, Maybank, dan Ambank. Oleh itu, para pengunjung tidak perlu risau jika tiada wang tunai ketika ingin berbelanja di terminal berkenaan.Ini adalah salah satu faktor dapat memberi keselasaan serta kemudahan kepada para pengunjung ketika berada di situ.

ATM di Terminal Bersepadu Selatan

Oleh itu, dengan kewujudan terminal bersepadu selatan ini dapat memudahkan pergerakan ke selatan. Selain itu, pada masa yang sama kesesakan dapat dikurangkan berikutan lalu-lintas di ibu kota yang semakin hari semakin merimaskan. Dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan, ia dapat memberi keselesaan kepada pengunjung yang menggunakan khidmat bas ekspress di terminal ini.

About The Author

Add Comment