Vape Atau Rokok – Yang Mana Lebih Merbahaya

Vape atau Rokok elektrik yang semakin popular saban hari memang sudah tidak asing lagi dengan masyarakat di Malaysia baik lelaki mahupun perempuan. Hampir setiap orang dari semua peringkat umur tahu apa itu vape. Dan sekarang vape lebih menjadi trend di kalangan remaja untuk mereka menunjuk-nunjuk kehebatan masing-masing dengan membuat pelbagai aksi dengan asap vape.

Vape atau Rokok

Seperti yang kita semua tahu, ramai yang menggunakan vape sebagai alternatif dengan tujuan untuk mengurangkan rokok atau lebih tepat lagi dengan niat untuk berhenti merokok kerana risiko kanser paru-paru, masalah pernafasan dan macam-macam lagi penyakit berkait dengan rokok. Tetapi, adakah vape ini benar-benar lebih selamat berbanding rokok??

Apa itu Vape atau Rokok

Apa itu Rokok??

Rokok

Berbentuk silinder lebih kurang 70mm hingga 120mm panjang (berlainan antara negara) dan isinya adalah tembakau. Rokok juga boleh terdapat dalam bentuk cerut dan paip tembakau. Ketagihan berlaku adalah disebabkan oleh kesan nikotin dalam tembakau tersebut. Dan kebanyakan perokok mengalami  immediate effect iaitu terasa lebih segar serta tidak mengantuk jika mereka merokok.

Apa itu Vape??

Jenis jenis vape

Vape pula terdapat dalam pelbagai bentuk. Terdiri daripada bateri, cartridge yang berisi cecair yang mempunyai pelbagai perasa dan nikotin serta elemen pemanas yang memanas dan menghasil wap seperti asap. Kandungan nikotin yang terdapat di dalam vape berbeza-beza anta 0-100mg/ml.

Berisiko dan berbahaya?? Vape atau rokok?? Atau adakah sama bahayanya??

Tar dan Nikotin Kandungan Berbahaya Dalam Rokok

Dua kandungan penting yang terdapat dalam rokok adalah nikotin dan tar. Nikotin menyebabkan ketagihan kepada perokok kerana nikotin meningkatkan penghasilan bahan kimia (dopamine) yang berkait dengan pusat-pusat emosi di otak. Kebanyakan kematian di kalangan perokok adalah berpunca daripada tar. Tar yang boleh menyebabkan kanser paru-paru,kanser buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya.

Perbezaan antara Rokok dan Vape

Perbezaan yang memang ketara antara rokok dan vape adalah kandungan tar yang membahayakan kesihatan. Vape tidak mengandungi tar dan jelas menunjukkan ia adalah lebih selamat berbanding rokok. Tetapi, ia tidak bermakna vape tidak langsung mempunyai kesan negatif. Disebabkan vape sekarang sudah menjadi trend remaja-remaja, mereka tidak mengambil peduli tentang isi kandungan cecair vape, siapa yang menghasilkan dan bahan-bahan apa yang dimasukkan di dalamnya.



Vape mengeluarkan wap melalui sistem pemanasan tidak seperti rokok, rokok menggunakan api untuk membakar tembakau dan seterusnya melepaskan asap yang mengandungi bahan kimia beracun ke udara. Ramai yang menganggap vape hanya melepaskan wap air ke udara tetapi ia tidak sebenarnya tepat. Cecair di dalam vape mengandungi propylene glycol, glycerine, nikotin yang diestrak daripada tembakau dan perasa-perasa tambahan dan mungkin juga mengandungi bahan-bahan kimia yang lain. Zat di dalam perasa tambahan cecair vape juga boleh mengandungi karsinogen dan juga bahan kimia beracun seperti folmaldehyde yang boleh menyebabkan kanser.

Wap dari vape

Wap yang dilepaskan mengandungi nikotin dan bahan kimia yang boleh mengganggu kesihatan dan mencemarkan udara persekitaran. Anak-anak dan orang-orang di sekeliling cenderung untuk mendapat keracunan, asma atau sesak nafas kerana menghirup udara yang tercemar atau wap vape tersebut diserap melalui mata dan kulit.

Asap rokok yang dilepaskan mempunyai bau yang tidak menyenangkan dan asap tersebut juga tidak larut dalam cecair. Manakala wap yang keluar daripada vape mempunyai bau buah-buahan dan ia larut di dalam cecair.

Rokok tidak hanya meninggalkan asap malah ia juga meninggalkan sampah iaitu abu rokok dan puntung rokok itu sendiri. Kebanyakan perokok hanya membuang sampah rokok itu di merata-rata tempat malah ada yang masih terbakar. Perkara itu sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa. Vape pula tidak meninggalkan apa-apa sisa.

harga rokok dunhill

Perbezaan harga juga sangat ketara antara rokok. Rokok boleh dibeli dalam lingkungan harga RM10 hingga RM20 untuk sekotak dan dibeli berkali-kali manakala vape boleh didapati dari harga serendah RM100 ke atas dan hanya dibeli sekali selagi masih berfungsi dan tidak rosak.

Setakat ini, penggunaan vape sebagai alternatif untuk meninggalkan rokok adalah lebih baik. Kandungan bahan kimia berbahaya juga lebih sedikit berbanding rokok dan ianya bervariasi bergantung kepada cecair yang digunakan. Di Malaysia juga terdapat penghasilan cecair vape tanpa nikotin yang dapat mengelakkan ketagihan.



Cecair vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi yang berlesen dan juga pengamal perubatan yang berdaftar. Terdapat juga beberapa kementerian yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyeliakan pengunaan dan pengeluaran rokok elektrik ini. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini perbandingan antara vape dan rokok masih dikaji, diteliti dan diperdebatkan.

Kesihatan yang baik adalah sangat penting untuk kita melalui setiap liku-liku kehidupan yang penuh cabaran dan suka duka. Oleh itu, berhentilah merokok, walau apa jenis rokok sekalipun. Kerana kedua-duanya menampakkan kesan buruk pada kesihatan. Mungkin kesan sampingannya tidak nampak dalam masa terdekat, mungkin beberapa tahun lagi. Kita tidak mengetahuinya. Pilihan di tangan anda. Ingatlah orang-orang tersayang. Hindari sesuatu yang sudah terang lagi nyata keburukan dan kesan negatifnya.

Related Posts

About The Author

Add Comment